Thursday, February 24, 2011

Lama Menghilang....

Sudah lebih 1 tahun.. aku menghilang diri kerana merasakan mood aku telah hilang untuk 'bercerita'. Kini timbul semangat untuk kembali menulis kerana aku mempunyai kesempatan pada waktu terhidang... mengenai kerjaya sebagai 'pengurus' di XPERTELEVEN, ia terus kekal dengan pasukan yang aku urus sebelum ini.

Pasukan Sg. Yan-LFC kini berada di div 5 Major League, pasukan Espanyol-LFC telah mencapai kemuncak kejayaan apabila telah menjadi juara liga sebelum ini. Pasukan Pinggiran Putra masih berjuang dan kini kembali beraksi dalam format lama. Pasukan di Liga AG, aku dah letak jawatan dan kini berjuang di Asian Elite yang menjanjikan kepayahan dan rintangan getir untuk berjaya. Yang pasti aku tidak akan berputus asa dan akan cuba menjadi juara bagi melengkapkan koleksi kejuaraan buat diri sendiri.

Ini adalah pembuka kata selepas lebih 1 tahun tidak berkarya......

Wednesday, November 18, 2009

Impian Menjadi Pengurus Tercapai


Sudahlah impian menjadi pemain bolasepak di luar negara tak pernah tercapai, aku kini ada impian untuk menguruskan pasukan tapi bila le aku dapat peluang tu... satu malam aku bermimpi yang aku ni sedang menjerit mengarahkan akan buah bermain ditengah padang. tetiba aku terjaga.. aku istifar dan tergelak sendiri. aku mimpi rupanya. Siangnya seperti biasa aku datang opis dan aku ni ada masuk forum HKC. Jadi aku pun seperti biasa layan forum (kisah ni berlaku tahun lalu 2008 bulan 4). Tengah best layan forum tetiba aku terlihat satu 'jemputan' untuk menyertai satu peluang menjadi pengurus (alam maya je).. aku pun redah je dengan tak tahu apa ke bende yang aku 'masuk'. Nama dia ialah XPERTELEVEN (X11)

Aku pun register dan mula le manage team dengan muka terbangap-bangap tak faham mende. Tapi aku selambe je.. redah.. dan telah mencipta satu pasukan yang diberi nama PINGGIRAN PUTRA-LFC. Aku masuk HKCL yang mana menampilkan 94 pasukan. Banyak tu... Dalam hati terdetik juga, merasa le aku jadi pengurus pasukan walaupun alam maya jelah... Kini dengan 5 musim yang telah dilalui dengan jatuh bangun, pahit maung yang dialami. Aku puas dan gembira. Dalam HKCL yang berlalu hampir 5 musim, aku gembira kerana telah berjaya menjuarai kejuaraan HKCL musim 3. Bagi aku ia satu pencapaian yang baik dan positif.

Selepas itu aku tubuhkan satu lagi pasukan dalam Major League dengan dimanakan SG. YAN-LFC. Sebenarnya aku namakan team ni Sg. Yan-LFC sebab nak mempromosi kampung aku. Bila lagi nak promosi. Aku tak kisah kalau orang gelak atau apa saja komen. Yang penting aku puas hati.. Aku bina team baru ni dari division 8 terbawah dengan pemain tahap kecekapan rendah. Kini selepas 4 musim, team aku berada dalam division 6 dan tengah berhempas pulas untuk kekalkan kedudukan. Namun aku puas dan gembira walaupun pencapaian tak seberapa. Aku akan terus usaha naikkan team ni ke tahap membanggakan. Satu dunia main beb, bukan senang nak jadi senang....

Bila aku dah mula faham dengan xperteleven itu aku ajak member opis aku join. Orang pertama yang aku ajak mainlah ialah amat atau PAJAMINANG81. Dia ni mula-mula malas nak main, konon-kono tak faham lah.. Tapi sekarang nak tinggal team pun susah. Lepas tu aku ajak ZAMX, CENCOROT, AZRY, HUBBYDEBOK, SUPERNEUTRA, ARIEY, YANACHIKA, MAYORGA JR., AYIENCHAK, HASRULAZNAM, OSMUFC, WAKATIPU, 9 NAGA, AJU_412, BBJUNIOR dan SAIFUL77. Sekarang kat opis hampir 18 member terlibat. Best jugak bila ramai member masuk.. Banyak ragam boleh nampak..

Selepas hampir 4 bulan aku jadi pengurus.. aku semakin yakin dan mula faham apa yang aku buat dan manage.. aku dapat satu lagi peluang dengan menguruskan pasukan ke 3 iaitu ESPANYOL-LFC yang bermain di WCL (World Club League). Aku ambilalih team ni selepas 4 pengurus bersilih ganti.. Kini team ni aku manage hampir 4 musim. Pencapaian yang boleh dibanggakan cuma menjadi naib juara WCL musim ke3. Aku akan terus berkerja-keras untuk menjuarai liga untuk melengkapkan 3 kejuaraan liga peribadi dalam X11.

Awal 2009 aku terfikir untuk mencipta satu liga dimana semua member dan kenalan lama opis boleh beraksi dan bertembung sesama sendiri. Lepas berbincang dengan semua ahli, akhirnya liga yang dinanti-nantikan itu berjaya dilaksanakan dengan nama LIGA AG. Sebenarnya liga ni liga berbayar. Motif utama untuk memastikan semua pasukan lebih komited dan bersungguh-sungguh manage team. Aku dengan rasminya menamakan pasukan LADAHITAM-LFC. Memandangkan aku ni pengemar ladahitam aku cuba memartabatkan biji ladahitam ke peringakat tertinggi (konon-kononlah).. mula-mula member aku ni bukan main gelak dan senyum kambing. Aku tak peduli janjikan team mantap. Kini selepas hampir 3 musim mengendalikan pasukan. Aku berjaya menjuarai liga AG musim 1. Liga ni cukup meriah kerana semua pengurus komited (sebab berbayar), la ni dah separuh musim ke 3.. Aku tengah berjuang bagai nak rak.. apa-apa pun tunggulah keputusannya hujung musim nanti..berjaya atau tidak.
Dengan 4 pasukan yang aku manage, kadang-kadang tu tak cukup tangan nak menulis.. Tapi aku puas dan seronok kerana impian untuk menjadi seorang pengurus tercapai walaupun cuma alam maya.

Thursday, October 29, 2009

Al kisah Real Madrid


Sebut saja Real Madrid sapa yang tak kenal.. cukup gah dan mashyur. Aku ni pun peminat Madrid juga. Seingat akulah real madrid ni salah satu pasukan terkaya didunia dan 'kaya' dengan tradisi. UCL pun dia top menang piala, la liga pun dia hebat. Kalau sebut Real Madrid pasti ingat 'maskot' dia sekarang. Sapa lagi kalau bukan Raul. Aku cukup minat dengan karektor dan ketajaman dia didepan gol. Cuma sekarang makin tua nampak makin menjadi la pulak.

Musim ini dia ambil ramai 'star' Ronaldo, Kaka, Benzema dan sebagainya dah tentu harapan nak menang semua piala. Tapi dia lupa kata member aku "bukan semua benda kita boleh dapat". Jadi nak dijadikan cerita 2 hari lalu kena belasah dalam piala Raja Sepanyol. Mulalah keluar komen dan mula jadi bahan gelak penyokong lain yang tak suka dengan R. Madrid. Tampak 4 game kebelakangan ini ada kegoyahan prestasi selepas Ronaldo cedera. Yang pastinya bukan Ronaldo sorang je main, 11 orang dalam padang cuma Ronaldo ni adalah sorang pemain yang memiliki kesungguhan dan 'nasib' yang cukup baik. Itu yang mungkin membezakan dia dengan pemain lain.

Walau apa pun keputusan yang berlaku sekarang, yang penting dipenghujung musim dimana kedudukan menjadi keutamaan..



BRAVO, BRAVO RM

Wednesday, October 28, 2009

Salam Pengenalan....



Selama bertahun-tahun aku mengenali bolasepak dari usia mencecah 7 tahun sehingga sekarang, tahap kegilaan kepada sukan ini cukup tinggi. Usia 9 tahun sudah aku mula miliki satu majalah bolasepak. Itu cukup memberi kenangan manis yang mana tidak seperti zaman sekarang dimana sumber maklumat mudah diperolehi... Setiap peminat bolasepak pasti akan memiliki satu pasukan yang diminati dan dipujai dan aku tak terkecuali. Sejak dari kecil aku cukup meminati pasukan Liverpool.. kalau ditanya kepada aku sokong Liverpool? jawapannya ia datang dari hati.. Walaupun aku ada ramai rakan 'kaki bola' yang mahu aku menyokong pasukan selain liverpool, hati ini tetap 'teguh'.

Bagi peminat bolasepak, liga BPL, Sepanyol dan Itali pasti menjadi ikutan dan malah kebanyakan peminat pasti sanggup 'bersengkang mata' menghayati pertembungan pasukan pujaan masing-masing. Ini menunjukkan bolasepak boleh 'mengasyikkan' pada sesiapa saja. Sebut saya BPL, pasukan Arsenal, MU, Chelsea dan Liverpol cukup dikenali dan memiliki ramai peminat. Di Itali AC Milan, Juventus, Inter Milan dan Roma cukup popular dan di Spain siapa yang tidak kenal dengan Real Madrid, Barcelona, Valencia dan Sevilla. Ini cuma sebahagan dari pasukan yang cukup terkenal yang masa kini. Walaupun aku penyokong setia Liverpool, peminat AC Milan dan Real Madrid bukan bererti aku tidak mengikuti pasukan lain cuma tahap 'kecenderungan' agak terbatas.

Kini impian aku untuk memiliki blog tersendiri akhirnya tercapai dan disini buat semua peminat bolasepak tanpa mengira pasukan mana yang dipujai boleh berkongsi pandangan, berbicara mengenai apa saja tentang pasukan bolasepak yang diminati... Secara tidak langsung diharap ia boleh menjadi satu 'jaringan' pengenalan buat semua peminat bolasepak.

Kepada semua penyokong bolasepak, sokonglah pasukan masing-masing dengan penuh 'bervisi bukan beremosi'.