
Sudahlah impian menjadi pemain bolasepak di luar negara tak pernah tercapai, aku kini ada impian untuk menguruskan pasukan tapi bila le aku dapat peluang tu... satu malam aku bermimpi yang aku ni sedang menjerit mengarahkan akan buah bermain ditengah padang. tetiba aku terjaga.. aku istifar dan tergelak sendiri. aku mimpi rupanya. Siangnya seperti biasa aku datang opis dan aku ni ada masuk forum HKC. Jadi aku pun seperti biasa layan forum (kisah ni berlaku tahun lalu 2008 bulan 4). Tengah best layan forum tetiba aku terlihat satu 'jemputan' untuk menyertai satu peluang menjadi pengurus (alam maya je).. aku pun redah je dengan tak tahu apa ke bende yang aku 'masuk'. Nama dia ialah XPERTELEVEN (X11)
Aku pun register dan mula le manage team dengan muka terbangap-bangap tak faham mende. Tapi aku selambe je.. redah.. dan telah mencipta satu pasukan yang diberi nama PINGGIRAN PUTRA-LFC. Aku masuk HKCL yang mana menampilkan 94 pasukan. Banyak tu... Dalam hati terdetik juga, merasa le aku jadi pengurus pasukan walaupun alam maya jelah... Kini dengan 5 musim yang telah dilalui dengan jatuh bangun, pahit maung yang dialami. Aku puas dan gembira. Dalam HKCL yang berlalu hampir 5 musim, aku gembira kerana telah berjaya menjuarai kejuaraan HKCL musim 3. Bagi aku ia satu pencapaian yang baik dan positif.
Selepas itu aku tubuhkan satu lagi pasukan dalam Major League dengan dimanakan SG. YAN-LFC. Sebenarnya aku namakan team ni Sg. Yan-LFC sebab nak mempromosi kampung aku. Bila lagi nak promosi. Aku tak kisah kalau orang gelak atau apa saja komen. Yang penting aku puas hati.. Aku bina team baru ni dari division 8 terbawah dengan pemain tahap kecekapan rendah. Kini selepas 4 musim, team aku berada dalam division 6 dan tengah berhempas pulas untuk kekalkan kedudukan. Namun aku puas dan gembira walaupun pencapaian tak seberapa. Aku akan terus usaha naikkan team ni ke tahap membanggakan. Satu dunia main beb, bukan senang nak jadi senang....
Bila aku dah mula faham dengan xperteleven itu aku ajak member opis aku join. Orang pertama yang aku ajak mainlah ialah amat atau PAJAMINANG81. Dia ni mula-mula malas nak main, konon-kono tak faham lah.. Tapi sekarang nak tinggal team pun susah. Lepas tu aku ajak ZAMX, CENCOROT, AZRY, HUBBYDEBOK, SUPERNEUTRA, ARIEY, YANACHIKA, MAYORGA JR., AYIENCHAK, HASRULAZNAM, OSMUFC, WAKATIPU, 9 NAGA, AJU_412, BBJUNIOR dan SAIFUL77. Sekarang kat opis hampir 18 member terlibat. Best jugak bila ramai member masuk.. Banyak ragam boleh nampak..
Selepas hampir 4 bulan aku jadi pengurus.. aku semakin yakin dan mula faham apa yang aku buat dan manage.. aku dapat satu lagi peluang dengan menguruskan pasukan ke 3 iaitu ESPANYOL-LFC yang bermain di WCL (World Club League). Aku ambilalih team ni selepas 4 pengurus bersilih ganti.. Kini team ni aku manage hampir 4 musim. Pencapaian yang boleh dibanggakan cuma menjadi naib juara WCL musim ke3. Aku akan terus berkerja-keras untuk menjuarai liga untuk melengkapkan 3 kejuaraan liga peribadi dalam X11.
Awal 2009 aku terfikir untuk mencipta satu liga dimana semua member dan kenalan lama opis boleh beraksi dan bertembung sesama sendiri. Lepas berbincang dengan semua ahli, akhirnya liga yang dinanti-nantikan itu berjaya dilaksanakan dengan nama LIGA AG. Sebenarnya liga ni liga berbayar. Motif utama untuk memastikan semua pasukan lebih komited dan bersungguh-sungguh manage team. Aku dengan rasminya menamakan pasukan LADAHITAM-LFC. Memandangkan aku ni pengemar ladahitam aku cuba memartabatkan biji ladahitam ke peringakat tertinggi (konon-kononlah).. mula-mula member aku ni bukan main gelak dan senyum kambing. Aku tak peduli janjikan team mantap. Kini selepas hampir 3 musim mengendalikan pasukan. Aku berjaya menjuarai liga AG musim 1. Liga ni cukup meriah kerana semua pengurus komited (sebab berbayar), la ni dah separuh musim ke 3.. Aku tengah berjuang bagai nak rak.. apa-apa pun tunggulah keputusannya hujung musim nanti..berjaya atau tidak.
Dengan 4 pasukan yang aku manage, kadang-kadang tu tak cukup tangan nak menulis.. Tapi aku puas dan seronok kerana impian untuk menjadi seorang pengurus tercapai walaupun cuma alam maya.
Keep it up bro
ReplyDeleteMiziler@Galatasaray S.K